Wednesday, April 13, 2005

MEMO - Syukur.

S Y U K U R

AKU TIDAK SELALU MENDAPATKAN APA YANG AKU SUKAI,
OLEH KERANA ITU AKU SELALU MENYUKAI APAPUN YANG
AKU DAPAT.

Kata-kata diatas merupakan wujud syukur. Syukur merupakan kualiti
hati yang terpenting. Dengan bersyukur kita akan senantiasa diliputi
rasa damai, tenteram dan bahagia. Sebaliknya, perasaan tidak
bersyukur akan senantiasa membebani kita. Kita akan selalu merasa
kurang dan tidak bahagia.

Bersyukurlah !
Bersyukurlah bahawa kamu belum sedia memiliki
segala sesuatu yang kamu inginkan.
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu.
Kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk masa-masa sukar.
Di masa itulah kamu tumbuh.
Bersyukurlah untuk keterbatasanmu.
Kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap rintangan baru.
Kerana itu akan membangun kekuatan dan karaktermu.
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat.
Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.
Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih.
Kerana itu kamu telah membuat suatu perbezaan.
Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik.
Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur
akan masa surut.
Rasa syukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.
Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan
menjadi berkah bagimu.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Salam persaudaraan ...